Pesuruhjaya PAS Akan Pengerusikan Mesyuarat Pertama MAINPP

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pesuruhjaya Pas Negeri Datuk Salleh Man akan mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dalam tempoh tiga bulan dari tarikh watikah pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang dikeluarkan pada 10 Feb lepas.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman berkata watikah pelantikan itu telah memberi perkenan kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim sebagai Yang Dipertua MAINPP bagaimanapun kerajaan negeri telah membuat permohonan agar tempat itu diisi oleh Salleh.

"Kerajaan negeri memang mencalonkan Abdul Malik untuk jawatan itu kerana nama Salleh tidak terpilih untuk tempoh 2010 hingga 2011 dan diganti dengan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Ellias Zakaria," katanya kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan di sini, Rabu.

Bagaimanapun Mansor berkata pemilihan Salleh untuk kali kedua adalah disebabkan janji oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan melantik beliau sekiranya memenang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 2009.

Sementara itu Abdul Malik, yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata bahawa beliau tidak ragu-ragu melepaskan jawatan itu kepada Salleh kerana ia adalah keputusan kerajaan negeri.

Kekosongan jawatan Yang Dipertua MAINPP berlaku setelah Elias yang merupakan pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM menamatkan perkhidmatannya pada 31 Dis 2011. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan