Penumpang Cerita Saat-Saat Cemas Dalam Pesawat MAS

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penulis blog dan bekas pengarang akhbar, Ahirudin Attan yang merupakan salah seorang penumpang dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH002 yang berhadapan dengan masalah enjin ketika baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London malam Isnin telah menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu berlaku.

Menulis di dalam ruangan blognya Rocky's Bru, Ahirudin memuji sikap tenang para pramugari dan pramugara MAS ketika salah satu daripada empat enjin pesawat Boeing 747-400 itu berhadapan dengan masalah yang memaksa mereka berpatah balik ke KLIA.

Pesawat itu yang berlepas pada jam 11.40 malam telah mendarat dengan selamat pada lebih kurang jam 2.05 pagi.

Ia berada dua jam di udara mengelilingi sekitar KLIA kerana perlu terlebih dahulu membuang bahan api sebagai langkah keselamatan sebelum mendarat.

Pesawat itu membawa 351 penumpang dan 21 anak kapal. Kesemua penumpang dan anak kapal selamat.

Menurut Ahirudin, kejadian yang menakutkan itu berlaku lebih kurang sepuluh atau 15 saat selepas pesawat berkenaan berada di udara apabila tiba-tiba satu bunyi yang sangat kuat seperti 'berdebap' kedengaran.

Kata Ahirudin lagi, bagi mereka yang berpengalaman bertahun-tahun mengembara menaiki pesawat akan dengan segera menyedari bahawa sesuatu yang tidak keruan telah berlaku.

Tulisnya, pesawat gergasi itu kemudiannya bergegar lalu kedengaran seseorang menjerit "api".

Beliau melihat pramugari berlari ke arah kabin kelas pertama dan selepas itu diikuti oleh seorang pramugara lain.

"Saya sendiri tidak melihat sebarang percikan api atau kebakaran pada mana-mana enjin pesawat walaupun saya duduk di barisan ke-16 yang membolehkan saya melihat enjin-enjin berkenaan," kata Ahirudin.

Bagaimanapun jelas Ahirudin, enjin yang bermasalah itu terletak di sebelah kiri sayap.

Pada saat itu cerita Ahirudin, fikirannya sepertimana penumpang-penumpang yang lain melayang memikirkan nasib mereka semua.

"Ia adalah dua jam yang menakutkan dalam sejarah pengalaman penerbangan saya. Tetapi dua jam itu sekali lagi mengesahkan satu perkara kepada semua penumpang iaitu Malaysia Airlines mempunyai anggota kabin yang terbaik.

"Walaupun kapten pesawat mengambil masa yang agak lama untuk mengumumkan apa yang telah berlaku tetapi tabik hormat harus diberikan kepada Pramugari Wai Soh dan kesemua rakannya kerana kecekapan dan ketenangan mereka telah mengurangkan tekanan ke atas para penumpang dan sentiasa melayani para penumpang sepanjang tempoh yang mencemaskan itu," ujarnya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan