Penubuhan Suruhanjaya Diraja Boleh Selesaikan Keraguan Daftar Pemilih - PBS

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS)Datuk Radin Malleh berpendapat satu-satunya cara untuk mengatasi kewujudan 22,000 nama meragukan dalam daftar pemilih ialah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Oleh itu, kata beliau, Kerajaan Persekutuan perlu menubuhkan suruhanjaya berkenaan dengan segera untuk menunaikan tanggungjawabnya dengan berhemah, cermat, teliti serta tanpa takut dan pilih kasih.

"Kami dalam PBS mahu suruhanjaya ini ditubuhkan demi kepentingan kedaulatan, keselamatan negara dan untuk manfaat generasi akan datang kami, rakyat Malaysia sebenar yang berasal dari Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Radin, yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam bahawa suruhanjaya itu menjangka tugasnya pada pilihan raya umum ke-13 akan lebih mencabar kerana persaingan antara parti yang bertanding diramalkan lebih sengit berbanding pada pilihan raya sebelum ini.

Abdul Aziz juga dipetik sebagai berkata 0.3 peratus daripada 12.6 juta pemilih diklasifikasikan sebagai pemilih meragukan setelah pemeriksaan terhadap rekod mereka dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kira-kira 22,000 daripada mereka diklasifikasikan sebagai pemilih meragukan apabila kad pengenalan mereka yang dikeluarkan JPN, tidak diambil sejak lebih 20 tahun. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan