Pembangkang Gesa Mansuh Seksyen 8A Akta Mesin Cetak

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangkang menggesa agar memansuhkan seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi membuktikan kerajaan serius mewujudkan kebebasan media di negara ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pengguguran seksyen tersebut juga bertujuan bagi mengelakkan dakwaan ia diguna sebagai senjata politik terhadap pemimpin pembangkang.

"Jika kerajaan serius untuk memberi kebebasan media dan memperluaskan hak asasi manusia, saya fikir mereka patut buang sekseyn 8A.

"Seksyen 8A masih digunakan untuk hukum ahli politik pembangkang. Ia perlu digugurkan kerana ia digunakan sebagai senjata politik," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Bagaimanapun Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui jumlah kes yang disabitkan di bawah seksyen ini adalah kecil.

Seksyen 8A menyatakan mengenai kesalahan terhadap penyiaran berita tidak benar serta berniat jahat yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan kerajaan membentangkan rang undang-undang bagi meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.

Rang undang-undang berkenaan memfokuskan mengenai pengguguran kuasa mutlak menteri mengenai kelulusan permohonan lesen percetakan serta tempoh sah permit yang tidak perlu diperbaharui.

Mengulas lanjut Lim berkata pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan untuk terus mengenakan syarat bagi setiap penerbitan untuk mendapatkan lesen atau permit.

"Kami setuju setiap percetakan perlu minta permit atau lesen namun kerajaan perlu sediakan garis panduan atau prosedur yang perlu diikuti bagi setiap pemohonan yang inginkan permit.

"Contohnya jika pembangkang mahu memohon lesen untuk cetak akhbar harian, ada banyak masalah yang kami hadapi," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan