MAS Lancar Penyiasatan Penuh Masalah Tenikal Enjin Pesawat

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) melancarkan penyiasatan penuh terhadap insiden teknikal yang melibatkan satu daripada enjin pesawat B747-400, bersama dengan pembuat enjin berkenaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Jauhari Yahya.

Pada 16 April, penerbangan MH002 Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke London mengalami masalah teknikal yang mengakibatkan pesawat itu terpaksa berpatah balik dan seterusnya menyebabkan kelewatan berlepas hingga keesokan harinya.

Dalam satu kenyataan, Ahmad Jauhari berkata pasukannya, dari anak kapal yang mengendalikan penerbangan itu hinggalah kepada kakitangan yang bertugas di lapangan terbang dan agensi-agensi lain di KLIA berusaha dengan penuh ketelitian untuk memastikan keselamatan, ketenteraman emosi dan keselesaan penumpang yang terjejas oleh insiden itu.

"Pasukan pengurusan dan saya menyanjung tinggi anak-anak kapal yang mengendalikan MH002 sebagai wira kerana usaha mereka pada saat-saat yang mencabar ini.

"Mereka melaksanakan tugas mereka dengan cekap dan meyakinkan penumpang-penumpang kami selepas keputusan dibuat untuk membatalkan penerbangan ke London.

"Mereka melaksanakan semua prosedur yang perlu, dari segi operasi dan untuk menenteramkan penumpang dalam tempoh kritikal apabila penerbangan itu terpaksa berpatah balik ke KLIA. Ini merupakan sifat semula jadi pasukan kami yang menganggap semua pelanggan sebagai tetamu kami," kata beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan