KL Setaraf Dengan Bandar Raya Terkemuka Dunia - Ahmad Fuad

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata Kuala Lumpur adalah setaraf bandar raya terkemuka lain di dunia dengan mempunyai tempat ikonik seperti Menara Berkembar Petronas dan Menara KL yang menjadi tumpuan pelancong.

Beliau berkata seperti Paris yang mempunyai Menara Eiffel, Dubai dengan Burj Khalifa dan Taiwan dengan Menara 101, Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan dengan mercu tanda tersendiri itu.

"Inilah tempat yang mahu dikunjungi pelancong...untuk itu, kita harus perkenalkan tempat ikonik yang kita ada menerusi pakej pelancongan yang ditawarkan KLCC (Holdings) Sdn Bhd," katanya pada sidang berita selepas melancarkan 'The Malaysia's Iconic Experience in Kuala Lumpur' (MIEKL) di sini, Rabu.

MIEKL menawarkan 11 destinasi yang harus dikunjungi pelancong iaitu Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, KLCC Park, Dewan Filharmonik Petronas, Petrosains, Galeri Petronas, Aquaria KLCC, Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Hotel Traders Kuala Lumpur dan Hotel Impiana KLCC.

Pakej itu bertujuan mempromosikan kesemua lokasi berkenaan yang boleh membantu melonjakkan lagi industri pelancongan negara.

Ahmad Fuad berkata menerusi pakej itu, pelancong berpeluang menerokai kesemua destinasi berkenaan secara berjalan kaki menerusi laluan pejalan kaki berbumbung dan bawah tanah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC (Holdings) Sdn Bhd Hashim Wahir berkata maklumat mengenai MIEKL boleh diperoleh menerusi Kiosk Skrin Sentuh yang ditempatkan di semua destinasi berkenaan.

"MIEKL menampilkan KLCC sebagai Bandar dalam Bandar. Ia menawarkan kemudahan penginapan, beli-belah, hiburan, santai dan perniagaan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan