K'jaan Negeri Yang Akan Tanggung Kos Cetak Risalah Penerangan - Guan Eng

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan bertanggungjawab menanggung sepenuhnya kos percetakan risalah yang bakal menjelaskan segala tuduhan yang dibuat ke atas kerajaan dan para pemimpin negeri itu.

Risalah itu yang akan dicetak dalam bahasa kebangsaan, Inggeris, Mandarin dan Tamil akan diedarkan kepada umum tidak lama lagi.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika menjelaskan demikian berkata, kerajaan negeri akan menanggung kos percetakan itu kerana isu yang akan diperjelaskan adalah berkaitan dengan polisi serta keputusan pentadbiran dan bukannya hal ehwal berkaitan parti.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir semalam berhubung siapakah yang akan menanggung kos penerbitan risalah itu.

Guan Eng juga menjelaskan, kerajaan negeri akan mencetak 300,000 naskhah risalah dan bukannya 600,000 naskhah sepertimana yang dilaporkan.

Daripada jumlah itu, katanya, 150,000 naskhah adalah di dalam Bahasa Malaysia manakala baki 150,000 naskhah lagi dalam bahasa-bahasa lain.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan