Kes Jenayah Seksual Mangsa Bawah 16 Tahun Meningkat Semula Tahun Lepas - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah kes jenayah seksual atau rogol membabitkan mangsa berumur di bawah 16 tahun, dilihat menurun pada 2010 tetapi meningkat semula pada tahun lalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 1,777 kes dicatatkan pada 2010 tetapi meningkat semula kepada 2,419 kes pada tahun lalu.

Sebanyak 924 kes telah dicatatkan pada 2005, 1,301 kes (2006), 1,653 kes (2007), 1,871 kes (2008) dan 2,049 kes (2009), katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat, Rabu.

"Antara faktor utama yang dikenal pasti berlakunya kes jenayah seksual ke atas kanak-kanak adalah seperti mangsa berada sendirian sama ada di dalam atau di luar rumah, mangsa culik dan mangsa diugut.

"Faktor lain ialah kurang pendidikan dan agama, masalah dalam institusi kekeluargaan, pengaruh dari media massa dan media alternatif serta mangsa dan suspek melakukannya secara suka sama suka," katanya - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan