Jagan Terpedaya Dakyah Pembangkang Burukkan Kerajaan - Maglin

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat diminta supaya tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang yang sering menimbulkan pelbagai isu untuk memburuk-burukkan dasar dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata apa yang dilaungkan pembangkang selama ini hanyalah untuk kepentingan peribadi dan politik sempit mereka. "Rakyat terutama golongan muda perlu bijak berfikir dan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan sesuatu perkara...mereka juga tidak harus mengambil risiko memilih pakatan pembangkang untuk memerintah negara ini.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melakukan yang terbaik demi untuk kepentingan rakyat tanpa mengira kaum sejak dahulu lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Venezuela ketujuh di Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di sini, Rabu.

Minggu Venezuela yang berlangsung selama 16 hari sejak Isnin lepas memberi peluang kepada masyarakat mendalami kebudayaan negara itu menerusi nyanyian, tarian, lukisan dan kraf.

D'Cruz yang juga Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) berkata pembangkang di negara ini sering mengkucar-kacirkan keharmonian negara dan bukannya berusaha meringankan beban rakyat.

"Bukan mudah untuk mencapai apa yang kita udah ada sekarang...oleh itu, rakyat perlulah menghargainya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan