Dr M Dibenarkan Pulang Esok

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjalani pembedahan kecil untuk membuang polips nasum (nasal polyps), dijangka dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pembantu beliau hari ini, bekas perdana menteri itu memberi tindak balas baik terhadap rawatan dan doktor gembira dengan kemajuan kesihatan beliau.

"Beliau makan makanan biasa dan dijadual pulang esok," menurut kenyataan itu. Pembedahan selama sejam, yang bermula pada pukul 9.30 pagi, dilakukan sekumpulan pakar perubatan diketuai Prof Dr Abdullah Sani Mohamed.

Hanya anggota keluarga terdekat dibenarkan mengunjungi beliau.

Sementara itu, dalam mesej melalui Twitter, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menulis: "Doa dan salam saya mengiringi Tun Dr Mahathir yang sedang sembuh daripada pembedahan kecil polips nasum." -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan