Wanita Umno Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pemimpin Hina Raja

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wanita Umno pada Isnin menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa mempersendakan raja-raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara baru-baru ini.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mewakili pergerakan itu membantah penghinaan terhadap raja-raja Melayu itu, berkata ia merupakan satu tindakan yang amat biadap dan jelas menunjukkan pemimpin pembangkang mempunyai jatidiri yang sangat rendah sebagai rakyat Malaysia.

Shahrizat dalam satu kenyataan berkata mereka tidak menghormati kedudukan raja-raja Melayu seperti dinyatakan dalam Rukunegara yang menjadi ikrar pegangan rakyat dan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia.

"Kami ahli Wanita Umno selaku ibu dan pemimpin yang memperjuangkan kedaulatan bangsa dan agama amat kesal dengan isu penghinaan Raja-raja Melayu ini dan mendesak pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap yang terlibat atas keterlanjuran mereka menghina kedaulatan dan kedudukan Raja-raja yang menjadi tunggak kesepaduan rakyat Malaysia," katanya.

Kenyataan beliau itu adalah sebagai mengulas dakwaan tersebut oleh seorang petugas perubatan pada majlis istiadat itu, Dr. Rahman Kadir menerusi laman sosial Facebook.

Sementara itu, anggota Parlimen pembangkang yang didakwa terlibat dilaporkan enggan menjawab secara jelas dakwaan itu atau setidak-tidaknya menafikan yang mereka terlibat dalam insiden itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan