Rakyat Malaysia Perlu Bersama-Sama Tangani Jenayah Siber

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua rakyat Malaysia perlu menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada negara sekiranya mahu mengatasi ancaman jenayah siber yang semakin meningkat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata, negara mengalami kerugian sehingga RM2.75 bilion hanya dalam tempoh lima tahun dari 2005 sehingga 2010, dan keadaan itu hanya kelihatan semakin buruk.

Sebanyak 13,173 insiden berkaitan dengan isu keselamatan dalam talian dilaporkan pada 2011, meningkat 112.3 peratus daripada 6,204 insiden pada tahun sebelumnya.

Liew berkata, kajian menyatakan ancaman siber bukan sekadar menumpukan operasi perniagaan dan kewangan, malah turut melibatkan laman web Kerajaan.

Beliau menambah, ancaman terhadap laman-laman web Kerajaan adalah berbahaya kerana ia boleh melumpuhkan rangkaian maklumat yang kritikal dan seterusnya memberi kesan kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial rakyat.

“Statistik tersebut amat membimbangkan, dan kita perlu melakukan sesuatu mengenainya,” kata beliau pada sidang media selepas melancarkan forum mengenai Akta Jenayah Komputer 1997 di sini, Selasa.

Liew yang mempengerusikan Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Malaysia (JPUUM) berkata, walaupun terdapat Akta untuk menangani jenayah dalam talian, Kerajaan menyedari peranan yang dimainkan oleh masyarakat adalah penting bagi membangunkan dan memperbaiki dasar-dasar negara.

Beliau mengakui bahawa menggubal dasar kadang-kadang boleh menjadi satu proses yang kompleks, tetapi ia boleh dilancarkan dengan membenarkan akses maklumat kepada orang ramai, yang kemudiannya lebih memahami dan berupaya untuk menyumbang pandangan dan idea mereka.

Katanya, pembaharuan undang-undang merupakan satu isu yang sentiasa dibangkitkan, dan ia adalah objektif utama jawatankuasa untuk mendapatkan penglibatan rakyat dalam proses berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan