Proton Tempa Sejarah Baru Dengan Preve

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd kini menempa sejarah baru menerusi pelancaran Proton Preve yang dapat memenuhi citarasa pelanggan global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pelancaran model kereta global baharu itu mencerminkan transformasi Proton untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi setelah lebih 27 tahun meneraju industri automotif negara menerusi model kereta nasional.

"Ia juga merupakan perkembangan yang signifikan. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh kakitangan Proton, sokongan kerajaan dan pimpinan Tun Mahathir sebagai penasihat, serta pengurusan yang digabung jalin antara DRB-Hicom dan Proton, Proton akan menempa masa depan yang lebih hebat," kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan model kereta nasional terbaharu di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa Malaysia di sini. Turut hadir ialah penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad.

Proton kini dikuasai secara majoriti oleh DRB-HICOM selepas DRB-HICOM memperoleh kepentingan 42.74 peratus daripada cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd.

Najib berkata Proton berjaya melakukan transformasi menerusi kualiti kejuruteraan dan prestasi bertaraf global serta pelbagai nilai tambah lain, termasuk kemudahan Internet 4G, sehingga meletakkan Preve sebagai "bertaraf lebih tinggi berbanding kebanyakan kereta lain."

"Kesungguhan kakitangan Proton menghasilkan kereta ini akan menjadi kebanggaan dan kegembiraan semua rakyat Malaysia," katanya. Sementara itu, Najib berkata pengambilalihan Proton oleh DRB-Hicom Bhd mampu membawa Proton ketahap yang lebih unggul memandangkan synergi yang ada pada syarikat konglomerat berkenaan.

"Pemilihan DRB-Hicom telah melalui proses yang objektif dan kita telah buat penilaian," katanya, sambil menambah, DRB-Hicom juga mempunyai pelan korporat yang terbaik untuk Proton pada masa depan. "Ia merupakan satu perkahwinan yang akan membawa kepada natijah yang menguntungkan Proton dan negara," katanya.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata kerajaan sedang dalam proses untuk menambah baik Dasar Automotif negara agar syarikat tempatan berupaya bersaing dengan pembuat kereta negara lain dan tidak bergantung harap kepada kerajaan semata-mata.

Usaha penambaikan dasar berkenaan akan diteraju oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan