Masalah Teknikal Punca Pesawat MAS Berpatah Balik Ke KLIA

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH2 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London malam Isnin terpaksa berpatah balik berikutan masalah teknikal pada satu daripada enjinnya.

Syarikat Penerbangan itu berkata demi, keselamatan penumpang, kapten pesawat memutuskan untuk berpatah balik ke KLIA dan pesawat Boeing 747-400 itu mendarat pada pukul 2.05 pagi Selasa.

Pesawat itu membawa 351 penumpang dan 21 anak kapal, dan penumpang terlibat disediakan tempat penginapan.

"Satu pesawat lain disediakan dengan kumpulan krew penerbangan yang baru untuk meneruskan penerbangan ke London. Pesawat itu berlepas ke London dari KLIA pada pukul 10.34 pagi ini," kata MAS dalam kenyataan di sini, Selasa. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan