Lelaki Gila Judi Cuba Bunuh Diri

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang tidak dapat menjelaskan hutangnya selepas kalah dalam pertaruhan perlawanan bola sepak cuba membunuh diri dengan terjun daripada Jambatan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, lelaki berusia 36 tahun itu berjaya diselamatkan oleh pasukan polis marin dalam tempoh lima minit selepas dia terjun ke dalam air pada Isnin.

Mangsa yang berasal dari Bukit Mertajam berkata dia sangat tertekan selepas gagal membayar hutang berjumlah RM30,00 dalam tempoh sembilan tahun dia berjudi.

Difahamkan orang ramai yang melihat mangsa berdiri tepi jambatan tersebut menelefon pihak polis pada pukul 6.15 petang. Sebuah kereta peronda yang berada di kawasan berhampiran tiba di lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan tersebut.

Cubaan penunggang motosikal itu untuk membunuh diri gagal apabila dia ditemui di tengah-tengah jambatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya, mangsa akan disiasat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 309 kerana cuba membunuh diri. Jika disabitkan kesalahan mangsa boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun atau hukuman penjara atau kedua-duanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan