Kerajaan Negeri Pulau Pinang Guna Risalah Jawab Dakwaan

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mencetak 600,000 naskhah risalah untuk menjawab segala dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan ke atas pentadbirannya selama ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, daripada jumlah itu, 150,000 naskhah akan dicetak dalam bahasa Malaysia dengan judul “PR Martabatkan Islam”.

Katanya, risalah itu dijangka siap minggu hadapan.

Beliau juga memberitahu, versi dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil akan turut diedarkan kepada umum.

Antara lain kata Guan Eng, risalah itu akan menjelaskan isu tentang dakwaan penjualan tanah Bayan Mutiara secara tidak telus dan juga dakwaan kononnya beliau tidak memerlukan sokongan undi kaum India di negeri itu.

“Kami juga akan menjelaskan bahawa sejak mengambil alih kerajaan negeri, Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah merobohkan walau sebuah pun rumah orang Melayu,” katanya dalam satu sidang akhbar pada Selasa.

Risalah itu, kata Guan Eng lagi, akan turut mengandungi fakta tentang pemberian sebidang tanah bernilai RM36.5 juta oleh kerajaan negeri untuk membina Kompleks Mahkamah Syariah yang baru setinggi tujuh tingkat di Jalan Batu Gantong/Jalan Scotland di sini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta Guan Eng menjelaskan peruntukkan manakah yang digunakan untuk mencetak risalah itu atau sama ada peruntukkan kerajaan negeri digunakan untuk tujuan itu.

“Jika duit pembayar cukai yang digunakan, ini adalah satu tindakan yang tidak betul kerana risalah itu nampaknya seperti bertujuan untuk memberi publisiti kepada Pakatan Rakyat,” ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan