TPM Adakan Pertemuan Dengan Jawatankuasa Fatwa - Berita Semasa | mStar

TPM Adakan Pertemuan Dengan Jawatankuasa Fatwa

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, di pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini.

Pengerusi Jawatankuasa itu Tan Sri Abdul Shukor Husin, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Datuk Othman Mustapha, para mufti negeri, serta ahli-ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja tiba di pejabat Timbalan Perdana Menteri kira-kira pukul 2 petang.

Pertemuan itu antara lain melibatkan perbincangan mengenai pelbagai isu yang menyentuh soal kepentingan agama dan umat Islam pada Isnin.

Ia bertujuan mendapatkan input serta dorongan dalam melaksanakan dan memantapkan dasar pentadbiran negara khususnya yang berkait langsung dengan institusi agama, yang amat penting dalam suasana dunia menghadapi pelbagai krisis dan pergolakan. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan