SPMPP Mahu Polis Siasat Peserta Demonstrasi PTPTN

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang (SPMPP) mahu polis menjalankan siasatan ke atas semua peserta demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berlangsung Sabtu lepas kerana mengeluarkan kenyataan dan perilaku provokatif.

Ketua Penerangan SPMPP Md Rashid Ismail berkata tindakan mereka itu menyinggung perasaan banyak pihak terutama dalam hal menghasut dan mewujudkan tindakan berbentuk provokatif melampau.

"SPMPP pada dasarnya tidak berminat mencampuri urusan segelintir mahasiswa yang di belakang tabir mereka dipengaruhi pihak tertentu. "...tetapi apabila mereka menganjurkannya dengan tidak sopan, biadab dan pelbagai celaan dikeluarkan kepada kerajaan pemerintah terutama Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), kami tidak boleh berdiam diri," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Md Rashid berkata SPMPP menyeru semua Badan Bukan Kerajaan membuat laporan polis di seluruh negara untuk mendesak polis menyiasat penganjuran demonstrasi itu yang ternyata kurang ajar dan tidak menghormati nilai adat serta agama. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan