Pesawat A400M TUDM Dipamerkan Buat Kali Pertama

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pesawat Airbus Military A400M tiba pada siri jelajah tiga negara Asia ke Malaysia di Pengkalan TUDM Subang di sini, Ahad. -Foto BERNAMA.
Pesawat Airbus Military A400M tiba pada siri jelajah tiga negara Asia ke Malaysia di Pengkalan TUDM Subang di sini, Ahad. -Foto BERNAMA.

SUBANG JAYA: Malaysia dijangka menerima empat buah pesawat pengangkut generasi baru, Airbus Military A400M, secara berperingkat mulai Januari 2015, kata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Katanya kesemua pesawat yang dibeli dengan kos RM3.5 bilion termasuk pakej khidmat sokongan latihan dan logistik, dijangka diterima sepenuhnya oleh TUDM menjelang 2016.

Malaysia telah membuat tempahan itu pada Disember 2005 dan mengikut jadual Airbus Military, pengeluar pesawat pengangkutan ketenteraan dan sivil, sepatutnya menghantar kesemua pesawat itu pada tahun depan.

Rodzali berkata pembelian pesawat itu bukan untuk menggantikan pesawat pengangkut C130 Hercules yang sedia ada tetapi bagi meningkatkan kemampuan TUDM sebanyak dua kali ganda.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan Grizzly 4, salah satu daripada lima model pesawat berkenaan, yang dalam siri jelajah ke tiga negara Asia, iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand di Pangkalan TUDM di Subang dekat sini, aHAD.

Turut hadir ialah Naib Presiden Kanan Airbus Asia Pasifik, Ignacio Alonso. Katanya pesawat itu mempunyai keupayaan melakukan tiga tugas utama iaitu keupayaan mengangkut peralatan berat, misi taktikal udara dan keupayaan mengisi bahan bakar ketika di udara.

Rodzali berkata A400M turut mampu membawa 116 anggota payung terjun dengan kelengkapan penuh serta membuat terjunan melalui dua pintu.

"Mereka akan mampu membuat tugasan dengan begitu cepat, ini berguna untuk ketika menjalankan penerjunan operasi khas," katanya.

Malaysia merupakan persinggahan pertama dan paling lama dalam siri jelajah tiga negara Asia Airbus Military A400M iaitu mulai Ahad hingga Rabu ini.

Grizzly 4, diterbangkan daripada Toulouse, Peranchis oleh Ketua Juruterbang Ujian, Ed Strongman, dan berlepas ke Jakarta pada Rabu ini, sebelum ke Chiang Mai dan Bangkok pada Khamis dan pulang ke Eropah Jumaat ini.

Pesawat A400M direka bagi operasi di kawasan pendaratan tidak tersedia, boleh menggabungkan keupayaan logistik dan taktikalnya untuk membawa beban hingga 30 tan metrik sejauh 2,450 batu nautika. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan