Pemilik Kenderaan Yang Ingkar Notis Cermin Gelap Bakal Disenarai Hitam JPJ

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pemilik kenderaan bercermin gelap yang gagal mematuhi notis arah periksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri ini akan dikenakan tindakan disenarai hitam kerana ingkar arahan.

Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, kebanyakan pemandu terbabit diberi notis berkenaan ketika operasi penguatkuasaan JPJ.

"Kebanyakan mereka yang gagal hadir adalah pemilik kenderaan yang memasang cermin gelap dan enggan membuang lapisan 'tinted' yang telah dipasang.

"Setiap kali operasi dibuat, kita memang memberi notis amaran dan tempoh kepada mereka untuk membuang 'tinted' dan seterusnya perlu datang ke JPJ untuk pemeriksaan kembali bagi memastikan tahap ketelusan cahaya itu menepati standard keselamatan yang ditetapkan," katanya kepada Bernama, di sini, Isnin.

Beliau berkata, bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 3,605 notis arah periksa cermin gelap telah dikeluarkan JPJ Terengganu.

Mereka yang dikenakan tindakan disenarai hitam akan menghadapi kesukaran untuk berurusan dengan JPJ termasuk untuk memperbaharui cukai jalan, katanya.

Justeru itu, beliau meminta pemilik kenderaan yang menerima notis itu agar mematuhi dan menghantar kenderaan masing-masing untuk pemeriksaan di mana-mana pejabat JPJ dalam tempoh 10 hari selepas notis dikeluarkan atau bakal berdepan dengan kompaun RM200 serta tindakan lain.

Katanya, cermin kenderaan pada bahagian sisi perlu melebihi 50 peratus kecerahan sementara 70 peratus kecerahan dikehendaki pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan