MP Padang Serai Dakwa Anwar Tawar Kontrak Tutup Mulut

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendakwa beliau ditawarkan kontrak import minyak bernilai RM440 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 'menutup mulut' dan berhenti mengkritik Ketua Pembangkang itu.

Malah katanya, beliau akan turut ditawarkan jawatan di dalam kerajaan sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya jika membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Anwar.

Jelas beliau, tawaran itu disampaikan melalui orang kanan Anwar minggu lalu.

"Saya tanya bagaimana kalau pembangkang tidak dapat Putrajaya, individu itu kata mereka akan bagi saya pula bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan mendapat jawatan exco di Kedah nanti.

"Nilai kontrak RM440 juta itu dalam bentuk kontrak import minyak dari Arab Saudi ke India.

"Anwar kata saya Ahli Parlimen yang diupah, padahal dia yang (ingin) mengupah saya. Saya cabar Anwar suruh saya dedahkan nama individu yang beliau hantar, saya akan dedahkan dan membuat laporan polis mengenainya," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Selain itu Gobalakrishnan yang juga bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendawa Anwar turut memberi jaminan untuk tidak mengganggu beliau daripada terus bertanding di Padang Serai.

Bagaimanapun tegas Gobalakrishnan, beliau enggan menerima kesemua tawaran itu bagi membolehkannya terus mendedahkan segala kesalahan Anwar.

Sementara itu, Gobalakrishnan turut meminta Barisan Nasional (BN) dan PKR supaya tidak bertanding di Padang Serai pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau PKR pandai, mereka tidak akan menampilkan calon di Padang Serai kerana hari ini musuh nombor satu saya ialah Anwar Ibrahim dan PKR," tegasnya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan