Malaysia Hanya Akan Terima Pesawat A400M Januari 2015

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pesawat Airbus Military A400M yang kini dalam kerangka siri jelajah tiga negara Asia termasuk Malaysia kini berada di Pangkalan TUDM Subang. -Foto BERNAMA.
Pesawat Airbus Military A400M yang kini dalam kerangka siri jelajah tiga negara Asia termasuk Malaysia kini berada di Pangkalan TUDM Subang. -Foto BERNAMA.

PETALING JAYA: Malaysia dijangka menerima empat buah pesawat pengangkut generasi baru, Airbus Military A400M, secara berperingkat mulai Januari 2015, kata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Katanya kesemua pesawat yang dibeli dengan kos RM3.5 bilion termasuk pakej khidmat sokongan latihan dan logistik, dijangka diterima sepenuhnya oleh TUDM menjelang 2016.

Malaysia telah membuat tempahan itu pada Disember 2005 dan mengikut jadual Airbus Military, pengeluar pesawat pengangkutan ketenteraan dan sivil, sepatutnya menghantar kesemua pesawat itu pada tahun depan.

Rodzali berkata pembelian pesawat itu bukan untuk menggantikan pesawat pengangkut C130 Hercules yang sedia ada tetapi bagi meningkatkan kemampuan TUDM sebanyak dua kali ganda.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan Grizzly 4, salah satu daripada lima model pesawat berkenaan, yang dalam siri jelajah ke tiga negara Asia, iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand di Pangkalan TUDM di Subang dekat sini hari ini.

Turut hadir ialah Naib Presiden Kanan Airbus Asia Pasifik, Ignacio Alonso.

Katanya pesawat itu mempunyai keupayaan melakukan tiga tugas utama iaitu keupayaan mengangkut peralatan berat, misi taktikal udara dan keupayaan mengisi bahan bakar ketika di udara.

Rodzali berkata A400M turut mampu membawa 116 anggota payung terjun dengan kelengkapan penuh serta membuat terjunan melalui dua pintu.

"Mereka akan mampu membuat tugasan dengan begitu cepat, ini berguna untuk ketika menjalankan penerjunan operasi khas," katanya.

Malaysia merupakan persinggahan pertama dan paling lama dalam siri jelajah tiga negara Asia Airbus Military A400M iaitu mulai hari ini hingga Rabu ini.

Grizzly 4, diterbangkan daripada Toulouse, Perancis oleh Ketua Juruterbang Ujian, Ed Strongman, dan berlepas ke Jakarta pada Rabu ini, sebelum ke Chiang Mai dan Bangkok pada Khamis dan pulang ke Eropah Jumaat ini.

Pesawat A400M direka bagi operasi di kawasan pendaratan tidak tersedia, boleh menggabungkan keupayaan logistik dan taktikalnya untuk membawa beban hingga 30 tan metrik sejauh 2,450 batu nautika.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan