Konflik Antara Negara Harus Diselesaikan Secara Diplomatik - Zahid Hamidi

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia berpendirian setiap konflik antara negara terutama membabitkan anggota Asean harus diselesaikan secara diplomatik, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu katanya, negara berkenaan juga boleh menggunakan platform yang telah lama wujud iaitu Persidangan Kementerian Pertahanan Asean untuk menyelesaikan pergeseran.

Setiap konflik yang wujud tidak harus membabitkan tindakan ketenteraan, tetapi harus diselesaikan menerusi peringkat bilateral yang boleh dilanjutkan ke peringkat multilateral, katanya kepada pemberita, selepas melawat Pameran Pertahanan dan Sekuriti Defence Services Asia (DSA) ke-13, di sini, Isnin.

Beliau mengulas konflik antara Filipina dan China yang timbul baru-baru ini apabila pasukan tentera kedua-dua negara cuba campur tangan susulan insiden kapal nelayan China memasuki perairan Pulau Luzon, Filipina.

Mengenai pameran DSA, Zahid berkata pihaknya amat berbangga dengan pameran kali ini kerana banyak produk baru diperkenalkan.

"Pameran ini menjadi penting kepada pengeluar industri pertahanan kerana 40 peratus pendapatan dalam industri pertahanan di seluruh dunia datangnya daripada negara Asean," katanya.

DSA kali ini melibatkan 850 penyertaan pengusaha industri pertahanan dari dalam dan luar negara dan pameran itu diadakan selama empat hari bermula hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan