Cabaran Keselamatan Kontemporari Tingkatkan Aktiviti Pemerolehan -Ahmad Zahid

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cabaran keselamatan kontemporari disusuli teknologi dan pembangunan produk telah meningkatkan aktiviti pemerolehan khususnya di Asia, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya perbelanjaan pertahanan Asia telah memintas negara-negara Eropah dan trend tersebut akan berterusan dengan angkatan tentera di rantau Asia akan meneruskan proses menaiktaraf dan pemodenan.

Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm, Asia merangkumi 40 peratus penerima senjata konvensional, katanya ketika merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 di sini, malam Ahad.

Ahmad Zahid berkata Asia sedang menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat di dunia dan perbelanjaan pertahanan tidak terkecuali. "Keperluan melindungi integriti wilayah negara dan kepentingan strategik merupakan kepentingan paling utama," jelasnya. Ahmad Zahid berkata dengan faktor demografi, geopolitik, ekonomi dan trend ketenteraan beralih ke arah rantau Asia maka "ia merupakan waktu sesuai bagi kami di rantau ini menjadikan saling pelengkap dengan keupayaan masing-masing dalam membangunkan sebuah pasaran yang lebih bersepadu".

Beliau juga meminta firma pertahanan Malaysia mengambil kesempatan daripada DSA 2012 untuk terus menjalinkan rantaian dan pakatan perdagangan.

"Kerajaan Malaysia akan terus menyokong kerjasama seumpama itu menerusi pelbagai bentuk seperti Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES), aturan dua hala, pelaburan langsung asing dan usaha sama," katanya.

Pameran DSA 2012 selama empat hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini telah melakarkan rekod dengan penyertaan lebih 850 syarikat dari 50 negara. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan