20,000 Pemohon BR1M Di Kubang Kerian Terima Wang

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Semua 20,000 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di kawasan Parlimen Kubang Kerian di sini, sudah menerima wang bantuan itu.

Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian Datuk Mohd Fauzi Ismail berkata sebanyak RM10 juta diperuntukkan kepada penduduk yang layak, dengan setiap pemohon menerima RM500. "Semua mereka sudah menerima BR1M tanpa mengira fahaman politik dengan penuh gembira," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menyampaikan wang itu bagi kumpulan terakhir di sini, Isnin.

Mohd Fauzi berkata setiap pemohon yang layak dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM3,000 menerima sebanyak RM500 disalurkan oleh kerajaan pusat bagi meringankan bebanan kos pebelanjaan harian.

Beliau berkata sebanyak 20 program (majlis penyerahan) diadakan bagi membolehkan wang itu diserahkan kepada pemohon. "Kita tidak kira siapa mereka, wang itu diberi oleh kerajaan untuk mereka yang layak menerima wang itu," katanya.

Beliau berharap penduduk yang menerima wang itu menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi menampung keperluan sara hidup harian keluarga masing-masing.

Seorang penerima BR1M, Rozaimi Ismail, 42, bersyukur kerana wang itu boleh menampung keperluan harian termasuk untuk anak-anaknya yang bersekolah.

"Hari ini saya beli sebuah beg sekolah untuk anak saya, ganti yang lusuh dan sebahagian lagi disimpan untuk keperluan anak-anak yang lain," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan