Tiada Pelajaran Percuma Di Peringkat Pengajian Tinggi - Dr Mahathir

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Tiada pelajaran percuma bagi pengajian di institusi pengajian tinggi di negara ini seperti mana yang boleh diperoleh di negara-negara maju lain, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Biarlah, mereka (negara-negara luar) kaya, mereka boleh bagi (pendidikan) secara percuma...Kita boleh mansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), tapi orang yang minta mansuh sahaja terlibat.

"Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, Ahad.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan pinjaman PTPTN jika dilantik menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum nanti.

Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pelupa kerana PTPTN ditubuhkan pada 1997 dan ketika itu Ketua Pembangkang berkenaan merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

"Itulah Anwar... dia sendiri tak tau apa yang dia fikir, dia lupa," kata Dr Mahathir tanpa mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan cadangan Anwar untuk memansuhkan PTPTN adalah sandiwara semata-mata kerana menurut pengendali blog RBF Online, hakikatnya Anwar merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.

Menurut blog itu, pada 1997, Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir telah mengambil cuti dua bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata, dalam pentadbiran sesebuah negara, pemimpin bukan sahaja perlu mahir dalam ilmu pengurusan pentadbiran tapi perlu ada kecekapan dalam bidang pengurusan kewangan, ekonomi dan kajian saintifik.

Beliau berkata, kecekapan dalam bidang-bidang berkenaan diperlukan bagi melengkapkan keupayaan pengurusan dalam negara di samping mengelakkan negara daripada menjadi muflis.

"Sebab itulah di Malaysia sejak awal lagi peruntukan sebanyak 25 peratus daripada belanjawan setiap tahun diberi untuk pelajaran bagi tingkatkan ilmu pengetahuan.

"Ini adalah satu pelaburan untuk masa depan kerana kita yakin kalau rakyat mempunyai pelajaran yang cukup, maka dapat bangunkan negara dengan lebih pesat dan baik," katanya.

Dr Mahathir berkata, tiada sesiapa yang dapat menafikan kemajuan yang ada di negara ini kerana rakyat sedar akan tanggungjawab masing-masing dan mereka sentiasa mengejar ilmu ke peringkat tertinggi.

Beliau berkata, buktinya permohonan kemasukan bagi lebih 30 institusi pengajian awam dan 30 institusi pengajian swasta sering tidak mencukupi walaupun setiap tahun jumlah tempat yang ditawarkan bertambah.

Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan