Tekanan Di Tempat Kerja Berlaku Dalam Semua Sektor

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Tekanan atau stres di tempat kerja tidak tertumpu pada pekerjaan tertentu, malah boleh berlaku dalam semua sektor pekerjaan, termasuk bidang sosial seperti kewartawanan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Maznah yang juga Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagaimana pun berkata, tekanan di tempat kerja jika dibiarkan berterusan boleh memberi kesan kepada prestasi kerja seseorang dan persekitaran pekerjaannya.

"Sudah pasti stres perlukan perhatian, ini kerana Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah mengenal pasti tekanan di tempat kerja merupakan satu yang berbahaya di kalangan pekerja-pekerja abad ini.

"Dalam kes-kes yang ekstrem, tekanan yang dihadapi bukan setakat mempengaruhi tindak-tanduk mangsa, malah turut menjejaskan prestasi rakan-rakan sekerja," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Rumah Program Bantuan Skim Pembangunan (SPKR) Kesejahteraan Rakyat kepada tiga penduduk daerah Rompin di Kampung Menchali, dekat sini, Sabtu.

Maznah mengulas mengenai kes kematian seorang doktor pelatih di Hospital Kajang yang didakwa menyuntik ubat secara berlebihan akibat tekanan kerja.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan meminta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) menghubungi pakar-pakar kesihatan bagi berbincang mengenai isu ini dan mencari kaedah terbaik bagi membantu majikan dan pekerja dalam pengurusan tekanan di tempat kerja secepat mungkin.

Dalam pada itu, Maznah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah berkata, SPKR dikelolakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, khusus bagi membantu golongan miskin tegar di kawasan itu mendapatkan kediaman yang lebih selesa dan lengkap dengan kemudahan asas.

"SKPR mempunyai dua bentuk bantuan rumah iaitu rumah yang dibina baru, dengan kos tidak melebihi RM33,000 sebuah, dan rumah yang dibaik pulih, dengan kos kurang daripada RM11,000," katanya.

Katanya, bagi kawasan Muadzam Shah, tiga keluarga diberikan rumah baru, manakala 17 buah keluarga lagi mendapat kemudahan baik pulih yang kesemuanya akan siap akhir bulan depan.

"Di samping membantu mendapatkan tempat tinggal, program ini juga dapat memberi peluang pelatih Giat Mara di kawasan ini menjalani latihan praktikal dengan membina rumah yang diberikan kepada penduduk yang terlibat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan