“Sistem Rakan” Diperkenal Beri Motivasi Kepada Pejawat Awam Bermasalah

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penjawat awam yang menunjukkan prestasi yang lemah akan dilatih secara khusus oleh mereka yang bergelar ‘rakan’ mulai bulan depan bagi memberi bimbingan dan motivasi kepada mereka.

“Sistem rakan” itu bertujuan untuk menjadikan perkhidmatan awam supaya lebih dinamik dan berfungsi dengan mensasarkan para pekerja yang mempunyai masalah dari segi sikap atau masalah-masalah lain sehingga menyebabkan mereka tidak produktif.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memuat naik garis panduan bagi sistem tersebut di laman webnya, sebagai inisiatif kepada unit pengurusan psikologi.

Ketua unitnya, Dr Aris Kasan berkata, “rakan-rakan” itu akan dipilih oleh jawatankuasa khas yang terdiri daripada kakitangan sumber manusia dan psikologi.

Beliau yang berkata demikian kepada The Star memberitahu mereka yang akan dipilih di kalangan lebih 4,500 penjawat awam yang telah dilatih dalam kaunseling untuk Kumpulan Bimbingan Perkhidmatan Awam yang sedia ada, di mana mereka mengadakan pelbagai aktiviti seperti sesi bina semangat.

"Sistem rakan ini akan melibatkan aktiviti pada tahap yang lebih bersifat peribadi seperti yang makan, menonton atau bermain permainan bersama-sama," katanya.

Program berkenaan, yang menyokong rakan sekerja Kumpulan Bimbingan Perkhidmatan Awam, akan mengenal pasti pekerja yang mempunyai masalah sikap, kerja, kewangan dan keluarga.

"Rakan-rakan ini akan memberi motivasi atau membantu dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan mereka.

"Bagaimanapun, jika mereka mengesan terdapat isu-isu utama seperti masalah mental atau apa-apa bentuk ketagihan, mereka perlu merujuk rakan-rakan di jabatan kaunselor atau unit psikologi."

Bilangan rakan-rakan yang dipilih bergantung kepada keperluan setiap jabatan.

Dr Aris berkata, beliau akan bertemu kaunselor dari semua bahagian sekali pada setiap tiga bulan untuk mendapatkan maklum balas.

"Kami kemudiannya akan menjalankan kajian impak ke atas program untuk mengukur keberkesanannya," katanya.

Dr Aris berkata, jabatan itu juga akan meneliti kes seorang doktor pelatih yang ditemui mati di Hospital Kajang.

The Star melaporkan beberapa doktor pelatih bekerja keras dan dibuli sehingga menyebabkan kemurungan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan