Kerajaan Pusat Buat Janji Yang Mampu Ditunaikan - Mustapha

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Pendekatan yang digunakan kerajaan pusat dalam menunaikan janji untuk meringankan beban rakyat berikutan kenaikan harga barang, bukan sahaja berhasil tetapi juga tidak menyebabkan negara muflis.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat dapat merasai sendiri hasil pendekatan yang dilaksanakan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan pelbagai lagi.

Ini berbeza dengan janji pembangkang, yang mana bukan saja mustahil untuk dilaksana tetapi juga akan memufliskan negara jika tetap dilakukan, katanya pada Majlis Mesra Rakyat dan Perasmian Coop Mart di Wisma Persekutuan, di sini, Ahad.

Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Kelantan berkata, kesan kenaikan harga barangan dirasai oleh penduduk di seluruh dunia, namun inisiatif segera kerajaan Malaysia dapat meringankan bebanan rakyat di negara ini.

Katanya, pembangkang hanya sekadar menabur janji untuk meraih sokongan rakyat kononnya akan menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menurunkan harga minyak dan menghapuskan tol.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Mustapa berkata, kewujudan Coop Mart yang menawarkan lebih 50 jenis barangan keperluan dengan harga sehingga 40 peratus lebih rendah berbanding premis lain, membantu meringankan beban perbelanjaan penjawat awam yang bertugas di Wisma Persekutuan itu.

Beliau berkata, orang ramai yang datang berurusan di Wisma Persekutuan itu juga dapat membeli barangan di Coop Mart tersebut.

Coop Mart yang menyertai program Transformasi Kedai Runcit (Tukar), dimiliki Koperasi Pegawai dan Kakitangan Wisma Persekutuan Negeri Kelantan Berhad. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan