Jumlah Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Di Kampar Berkurangan

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Jumlah mangsa banjir di Kampar berkurangan kepada 313 orang setakat pukul 10 pagi ini selepas 22 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing malam Sabtu.

Mereka yang terdiri daripada 95 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendan Abdul Aziz Salleh berkata, ini berikutan paras air Sungai Kampar mula surut dan keadaan banjir di beberapa buah kampung pulih seperti biasa.

Antara kampung terlibat banjir ialah Kampung Melayu, Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Nyior, Jeram, Kampung Mesah, Kuala Dipang, Changkat Jering dan Kampung Batu 20.

Hujan lebat pada Rabu lepas menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri kampung terlibat menyebabkan lebih 1,000 mangsa dipindahkan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan