Isu Hina Raja Melayu: Perkasa Kelantan Buat Laporan Polis - Berita Semasa | mStar

Isu Hina Raja Melayu: Perkasa Kelantan Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan bersama 20 badan bukan kerajaan (NGO), pada Ahad membuat laporan polis berhubung tindakan beberapa pemimpin pembangkang mengejek serta menghina Raja-Raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, baru-baru ini.

Timbalan Yang Di-Pertua Perkasa Kelantan, Mohd Fauzi Mohamad berkata, langkah itu diambil pihaknya berikutan laporan yang dibuat seorang pegawai perubatan, Dr Rahman Kadir yang tidak mendedahkan sepenuhnya kenyataan beliau berhubung isu berkenaan.

"Kita mengambil langkah ini berdasarkan laporan yang dibuat Dr Rahman yang mengatakan bahawa ada perkara-perkara yang tidak tergamak ditulis oleh beliau kepada umum.

"Jadi kita mengharapkan pihak polis membuat siasatan apakah perkataan dan tingkah laku yang beliau tidak dapat beritahu itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kota Baharu.

Dr Rahman dalam laman sosial Facebooknya seperti dilaporkan akhbar baru-baru ini, menzahirkan rasa kecewa terhadap perbuatan biadap beberapa pemimpin pembangkang yang mengejek serta mempersenda bentuk badan pemimpin kerajaan dan Raja-Raja Melayu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan