Doktor Pelatih Akan Ada Sesi Mingguan Bersama Pengarah Hospital - Tiong Lai

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Doktor pelatih (houseman) di semua hospital kerajaan akan mengadakan sesi mingguan bersama pengarah atau timbalan pengarah hospital masing-masing bagi menyelesaikan isu berkaitan kerja mejangkaui masa, dibuli dan kemurungan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata doktor pelatih boleh menyatakan pandangan dan aduan mereka pada sesi tersebut dengan tujuan memperbaiki sesi latihan mereka.

"Saya amat prihatin dengan semua masalah yang dihadapi oleh doktor pelatih termasuk waktu dan bebanan kerja. Saya akan memastikan kebajikan mereka dilindungi," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Terdahulu itu, beliau merasmikan Bulan Pemakanan Sihat Malaysia 2012 anjuran bersama Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Dietitian Malaysia dan Persatuan Kajian Obestiti Malaysia.

Melihat kualiti doktor sebagai amat penting, Liow berkata doktor pelatih perlu diberi masa yang secukup bagi latihan dan kementerian mungkin mengkaji semula tempoh latihan selama dua tahun.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Mary Cardosa baru-baru ini meminta Kementerian Kesihatan menyemak semula sistem syif dan menjalankan kajian mengenai kesihatan mental doktor junior.

Jadual Kerja Fleksi Pegawai Perubatan Siswazah yang diperkenalkan tahun lepas memerlukan doktor pelatih bekerja sehingga 60 jam dalam seminggu dengan cuti dua hari.

Liow berkata kementerian akan menyiasat dakwaan kelemahan dalam pelaksanaan sistem jadual baru itu.

Bagaimanapun, Liow berkata beliau gembira dengan maklum balas daripada doktor pelatih berhubung sistem jadual baru itu yang membolehkan mereka mendapat masa yang secukup untuk rehat dan belajar. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan