BN Selangor Lancar Ops Kibar Dan Santai Orang Muda - Berita Semasa | mStar

BN Selangor Lancar Ops Kibar Dan Santai Orang Muda

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dalam usaha mendekati golongan muda, Barisan Nasional (BN) Selangor melancarkan "Ops Kibar dan Santai Orang Muda" yang merupakan program berbentuk hiburan secara santai pada setiap hujung minggu.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, buat permulaan program itu akan diadakan Jumaat depan di perkarangan Bangunan UMNO Selangor di Seksyen 14 di sini.

Menerusi program, itu, katanya, belia yang berbakat akan diberi peluang untuk membuat persembahan setiap minggu sama ada dalam bentuk persembahan muzik, kebudayaan dan mendeklamasi sajak.

"Program ini bertujuan menyedarkan golongan muda bahawa BN tidak pernah menyisihkan mereka, malahan sokongan mereka diperlukan bagi menjayakan matlamat menawan semula Selangor pada pilihan raya akan datang, katanya kepada pemberita kertka melancarkan program itu di sini, malam Sabtu.

Pada majlis itu, penyanyi era 80an Poe mendendangkan beberapa lagu berbentuk humor dan sindiran manakala Mohd Zin pula mendeklamasikan sebuah sajak. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan