Blog Pembangkang Perlu Tarik Balik Artikel - Liow

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laman blog pro-pembangkang suarakeadilanmalaysia.wordpress.com diminta menarik balik artikel yang didakwa menggambarkan Ketua Beliawanis MCA dalam keadaan yang tidak senonoh dari laman tersebut.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai turut menuntut operator blog tersebut memohon maaf daripada Tee Hooi Ling, berhubung penyiaran artikel itu.

"Ini bukan budaya masyarakat kita. Ini menunjukkan bagaimana politik boleh menjadi kotor, menggunakan pelbagai cara untuk memburukkan nama baik seseorang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Swasta, di sini, Ahad.

Liow yang juga Menteri Kesihatan berkata beliau kesal dengan penulisan artikel tersebut yang berunsur fitnah selain memaparkan gambar-gambar lucah mengenai Tee dengan seorang lelaki.

Katanya, taktik kotor seumpama itu tidak boleh diterima sama sekali.

Tee, katanya, adalah seorang yang kuat bekerja dan komited terhadap perjuangan parti serta mendapat sokongan penduduk setempat di kawasan Klang. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan