Waspada Terhadap Mereka Yang Mengambil Kesempatan Politik

Diterbitkan: Sabtu, 14 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak meminta rakyat berwaspada terhadap golongan mereka yang menggunakan kesempatan politik bagi mengaut keuntungan untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Beliau berkata dengan kerana itu rakyat seharusnya menyokong usaha transformasi kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kebaikan mereka, negeri dan negara keseluruhannya.

"Berhati-hatilah terhadap mereka yang mengambil kesempatan politik. Mereka ini sanggup mengorbankan asas-asas kepada pembangunan negara sekalipun," kata Salleh semasa berucap di hari keluarga Persatuan Bekas Tentera Malaysia cawangan Kota Belud di Padang Kota Belud, di sini, Sabtu.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan negeri, berkata perbuatan mengadakan tunjuk perasaan dan menukar parti yang memerintah di sesetengah negara tidak juga dapat menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi oleh orang ramai.

Beliau berkata di Malaysia catatan dan petunjuk ekonomi menggambarkan sesuatu yang positif dengan kerana itu rakyat hendaklah menyokong Najib untuk terus memimpin negara.

Hadir sama di perjumpaan itu ialah Anggota Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Anggota Dewan Undangan negeri kawasan Usukan, Datuk Japlin Akim. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan