PRU13: Nazri Aziz Sedia Beri Laluan Kepada Muka Baru

Diterbitkan: Sabtu, 14 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bersedia memberi laluan kepada muka baru untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas berkata perlu ada kesinambungan kepimpinan dengan memberi peluang kepada generasi baru.

"Saya serahkan perkara ini kepada Perdana Menteri, tetapi saya sebenarnya dah lama berkhidmat, sebagai Menteri dah 13 tahun, Timbalan Menteri lima tahun, saya pun dah berumur 58 tahun, dah berkhidmat untuk satu tempoh yang lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agong berkelompok cawangan Umno bahagian Alor Gajah di sini, Sabtu.

Mohamed Nazri berkata sebenarnya beliau telah lama berhasrat untuk memberi laluan kepada calon lain bertanding bagi kerusi parlimen tersebut.

Malah, katanya, beliau telah menyatakan hasratnya itu kepada Umno Bahagian Padang Rengas, namun masih dicalonkan oleh anggota Umno bahagian tersebut untuk terus bertanding di kerusi parlimen berkenaan. Beliau berkata anggota Umno perlu bersatu dan bekerja keras tanpa memikirkan jawatan dan pangkat selain tidak angkuh dan sombong demi mengembalikan sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti. "Sebenarnya Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh kalah pada pilihan raya sebab di peringkat akar umbi, kita bukan parti politik tetapi badan sosial dan kebajikan yang kalau ada masalah berkaitan rakyat, kita bantu selesaikan," katanya.

Selain itu, Mohamed Nazri berkata Umno dan BN dilihat mudah memenangi pilihan raya kerana tidak perlu berbohong sebaliknya memberitahu perkara sebenar yang telah dilakukan parti itu selama ini demi kepentingan rakyat.

Katanya, ini berbeza dengan pembangkang yang terpaksa melakukan fitnah dan berbohong termasuk pada sidang Parlimen demi meraih sokongan.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri berkata hasrat untuk melihat lebih ramai golongan profesional mewakili BN sebagai calon pada pilihan raya mampu tercapai sekiranya cadangan sistem keahlian terus menjadi realiti.

Katanya, Umno dan BN tidak lagi boleh bergantung kepada sistem politik lama sebaliknya berubah mengikut peredaran semasa.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pandangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno wajar membuat pertimbangan membuka peluang kepada golongan profesional dipilih sebagai calon mewakili BN pada PRU-13. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan