Malaysia Kutuk Tindakan Korea Utara Lancar Roket

Diterbitkan: Sabtu, 14 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk keras tindakan regim Korea Utara meneruskan rancangannya melancarkan roket jarak jauh walaupun komuniti antarabangsa menunjukkan kebimbangan terhadap langkah itu yang mencabul undang-undang antarabangsa.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, tindakan regim Korea Utara itu dikesali dan tidak boleh diterima.

"Ia mungkin menyulitkan usaha semasa bagi mencari penyelesaian dalam meredakan ketegangan di Sememanjung Korea.

"Kami amat bimbang sekali dengan perkembangan terbaharu itu kerana ia mungkin mengancam kestabilan serantau," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra di sini, Jumaat.

Anifah berharap semua pihak di Semenanjung Korea akan bersabar dan tidak mengambil tindakan yang boleh memburukkan lagi situasi di rantau itu.

Menurut laporan media, roket yang dilihat oleh ramai sebagai ujian peluru berpandu balistik dilancarkan di barat laut Korea Utara awal Jumaat.

Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan berkata roket itu terbang untuk waktu singkat sebelum berpecah dan terhempas di perairan di luar Semenanjung Korea. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan