Kerajaan Tidak Paksa Peneroka Beli Saham FGVH - Isa Samad - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Tidak Paksa Peneroka Beli Saham FGVH - Isa Samad

Diterbitkan: Sabtu, 14 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah berniat untuk memaksa peneroka membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) seperti yang didakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad berkata sebaliknya kerajaan hanya berpandangan bahawa peneroka wajar diberi peluang terlibat dalam transformasi Felda untuk menjadi antara syarikat perladangan terbesar dunia.

"Dalam proses penyenaraian, banyak syarikat menawarkan kepada pihak berkepentingan untuk membeli saham mereka. Malah adalah menjadi kebiasaan bagi syarikat terbabit mengatur pinjaman komersial bagi mereka yang berhasrat untuk membeli saham yang ditawarkan. "Jika Felda berbuat demikian, itu hanya kerana kami mahu mempermudahkan penyertaan peneroka bagi menikmati segala faedah daripada penyenaraian FGVH," katanya dalam kenyataan, di sini, Sabtu.

Malah katanya jika ada pembabitan bank komersial dalam proses itu, ia hanya kerana institusi berkenaan boleh menyediakan kemudahan yang memungkinkan pihak berkepentingan yang memerlukan bantuan kewangan membeli saham terbabit. "...tetapi sudah tentu mereka juga boleh membeli saham terbabit menggunakan duit sendiri," katanya. Isa berkata demikian sebagai mengulas dakwaan terkini PKR bahawa peneroka tidak akan menerima 'durian runtuh' sebaliknya akan dipaksa membuat pinjaman bagi membeli saham FGVH.

Mengulas lanjut, Isa berkata jika Felda berbuat demikian, opsyen saham yang ditawarkan adalah berbeza dan berasingan daripada 'durian runtuh' yang dijanjikan kerajaan.

Katanya durian runtuh' yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah bagi menghargai kerja keras dan pengorbanan peneroka selama ini.

"Bagi peneroka yang berpuas hati dengan bayaran 'durian runtuh' mereka dan tidak mahu menyertai, kerajaan tidak akan memaksa mereka membeli saham terbabit," katanya. Isa berkata tindakan pembangkang yang berterusan mempolitikkan isu FGVH seolah-olah memperlekehkan pengorbanan peneroka selama ini.

Menyifatkan tindakan PKR tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, Isa juga menyangkal dakwaan bahawa tanah yang dipajak kepada FGVH adalah milik Felda Plantations Sdn Bhd dan merupakan sebahagian daripada penyenaraian.

"Kami menyenaraikan FGVH (syarikat), bukan tanah. Lagipun tanah itu milik Felda 100 peratus bukan Felda Plantations Sdn Bhd," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan