Kerajaan Sedia Timbang Pembelajaran Bahasa Punjabi Di Sekolah - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 14 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mempertimbang untuk melaksanakan pembelajaran bahasa Punjabi di sekolah sekiranya terdapat permintaan dan bilangan pelajar yang mencukupi untuk mempelajarinya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekiranya dilaksanakan, ia akan membolehkan generasi muda Sikh menguasai bahasa ibunda sementara kaum lain dapat mempelajari bahasa Punjabi bersesuaian dengan semangat 1Malaysia.

"Adalah penting bagi kita semua belajar mengenai orang lain di negara ini kerana ia akan menyatukan kita semua," katanya ketika berucap menghadiri rumah terbuka Vasakhi di Gudwara Sahib Sentul di sini, Jumaat.

Beliau beramah mesra dengan lebih 200 masyarakat Sikh yang menghadiri rumah terbuka itu. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Presiden Gudwara Sahib Sentul, Gurdiall Singh.

Pada majlis itu, Muhyiddin juga mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi kegunaan Gudwara Sahib Sentul yang berusia 100 tahun, antaranya untuk membaikpulih bangunan sedia ada, membina bangunan tambahan dan aktiviti komuniti Sikh di kawasan tersebut.

Muhyiddin berkata, masyarakat Sikh di negara ini walaupun kecil bilangannya tetapi memainkan peranan penting dalam membangunkan negara terutamanya melibatkan pembangunan sosial dan masyarakat.

"Ada sekitar 250,000 masyarakat Sikh di negara ini. Bilangan kecil tidak bermakna tidak memainkan peranan penting dalam pembangunan Malaysia.

"Kita tidak kira bilanganya, apa yang penting masyarakat Sikh telah menyumbang kepada pembangunan negara. Peranan ini dijayakan dengan amat baik dan kita mahu ia diteruskan untuk tahun-tahun akan datang," katanya.

Beliau berkata, adalah penting bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini bersatu padu dan hidup dalam suasana aman dan harmoni bagi memastikan aspirasi 1Malaysia tercapai seterusnya membawa Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan