Kerajaan Pusat Tidak Pinggirkan Kawasan Pedalaman - Shaziman

Diterbitkan: Sabtu, 14 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIK: Kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan mana-mana kawasan dalam soal pembinaan jalan raya dan sentiasa mengawasi pembangunan infrastruktur sama ada di kawasan bandar atau luar bandar, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata dalam soal membaiki jalan yang rosak kementeriannya tidak memilih kasih dengan mengabaikan kawasan pedalaman, sebaliknya semua kawasan akan mendapat perkhidmatan yang sama rata.

"Kita akan tengok dari segi keperluan masyarakat setempat, walaupun tidak ramai penduduk, jalan yang selesa tetap dibina," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja ke Sik di sini, Sabtu.

Shaziman berkata sebagai contoh di daerah Sik, walaupun kebanyakan jalannya dalam keadaan baik, kerajaan pusat tetap membantu membaiki kawasan yang kurang selesa.

Beliau berkata setiap jalan raya yang dibina akan mengikut spesifikasi ditetapkan tidak kira di mana lokasinya dan isu 'menganak tirikan' sesuatu kawasan tidak timbul.

"Kementerian berharap kerajaan negeri dapat menggunakan peruntukan untuk membaiki jalan dengan sebaik mungkin," kata Shaziman.

Dalam lawatan sehari itu, Shaziman turut mengumumkan peruntukan RM3.5 juta untuk pembinaan semula jambatan sempit di jalan kampung Charok Tenang di sini.

Katanya, jambatan sempit yang dibina sejak 1960-an itu akan digantikan dengan laluan dua lorong dan tender untuk projek berkenaan akan dibuka bulan depan.

Selain meninjau keadaan jalan di daerah ini, beliau turut meluangkan masa bersarapan dengan penduduk di warung Tip Top di Belantek, bergotong-royong di Masjid Nami, mengadakan 'walkabout' di Wat Siam kampung Batu Seketul, makan tengah hari bersama penduduk di kampung Landai dan bermain bola sepak di Sekolah Kebangsaan Gulau.

Terdahulu, Shaziman menyerahkan kunci rumah projek pembinaan rumah rakyat termiskin sumbangan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Akademi Binaan Malaysia (ABM) (Utara) dengan kerjasama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia daerah Sik di kampung Simpang Tiga, Nami di sini.

Rumah dilengkapi satu bilik tidur yang bernilai RM15,000 itu diserahkan kepada keluarga seorang penoreh, Ridzuan Hashim, 36. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan