Kementerian Pengajian Tinggi Sasar 150,000 Pelajar Antarabangsa Di Malaysia Pada 2015

Diterbitkan: Sabtu, 14 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Kementerian Pengajian Tinggi mensasarkan 150,000 pelajar antarabangsa akan menuntut di Malaysia pada tahun 2015, kata Ketua Setiausahanya Datuk Ab Rahim Md Noor.

"Sehingga hujung tahun lepas kita ada 96,000 pelajar antarabangsa yang belajar di sini dan kita kini sedang memperkasakan pelbagai usaha untuk mempromosikan lagi Malaysia sebagai tempat pilihan pelajar antarabangsa datang belajar.

"Dan pada tahun 2015, kita mahu mencapai sasaran mempunyai 150,000 pelajar antarabangsa belajar di Malaysia," katanya kepada pemberita di Karnival Keluarga 1KPT 2012 di sini.

Beliau berkata sehingga kini pihaknya mempunyai pusat promosi di Dubai, Jakarta, Bandaraya Ho Chi Minh dan China.

Menurutnya antara yang menarik minat pelajar antarabangsa datang belajar di Malaysia adalah kerana faktor yuran pengajiannya yang lebih murah berbanding di negara mereka sendiri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan