Jentera Pilihan Raya Parti Komponen BN Perlu Digerak Lebih Rancak - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Sabtu, 14 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Jentera pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) bagi parti komponen Barisan Nasional (BN) di semua peringkat perlu digerakkan dengan lebih rancak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata ia sebagai tanda bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa selain dapat merapatkan barisan pimpinan dan masyarakat.

"Kita sekarang ini perlu bergerak dengan kelajuan gear lima, walaupun tidak tahu bila, tetapi perlu berada pada momentum yang telah ditetapkan. Bersiap sedia pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jentera PRU-13 Pemuda Pemudi Kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Perai dan majlis jamuan mesra rakyat di Kampung Manis di sini, Sabtu.

Katanya jentera PRU-13 juga boleh dilancarkan di peringkat bahagian, cawangan dan kawasan-kawasan peti undi dan ia boleh dilancarkan secara berperingkat dan bergilir-gilir.

"Bila telah dilancarkan bilik gerakan boleh terus memulakan operasi dan memulakan aktiviti mereka, boleh juga naikkan bendera-bendera BN di rumah atau di bilik gerakan asalkan ia tidak mengganggu," katanya.

Selain itu, beliau berkata pemimpin BN akan memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat setempat tentang usaha kerajaan dalam memajukan negara dan pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan dan kepentingan rakyat untuk mendapatkan kehidupan yang selesa.

"Rakyat perlu faham dan tahu bahawa hanya kerajaan BN sahaja yang mampu memberikan kebajikan kepada rakyat dan kemakmuran dan kemajuan kepada negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan