49 Kes Baru HFMD Di Sarawak

Diterbitkan: Sabtu, 14 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sejumlah 49 kes baru jangkitan tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di negeri ini dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kes terkumpul sehingga kini sebanyak 4,728 kes.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Zulkifli Jantan berkata Kuching kekal mencatatkan bilangan kes tertinggi dengan 14, diikuti Samarahan (10), Miri (5), Betong, Sri Aman dan Sarikei (masing-masing empat), Bintulu dan Mukah (masing-masing dua) dan Limbang satu kes.

Seramai 10 pesakit sedang dirawat di beberapa hospital termasuk enam yang baru dimasukkan ke wad dalam tempoh 24 jam lepas. Secara keseluruhan 377 pesakit telah dimasukkan ke hospital sejak wabak melanda.

Sebanyak sembilan pusat asuhan dan institusi pendidikan prasekolah masih ditutup termasuk sebuah tadika di Mukah dan sekolah rendah di Kuching yang diarah berbuat demikian dalam tempoh 24 jam lepas.

Secara keseluruhan sebanyak 84 institusi telah ditutup sementara sejak wabak itu dikesan di negeri ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan