Puteri Umno Perkasa Jentera Hadapi PRU13 - Berita Semasa | mStar

Puteri Umno Perkasa Jentera Hadapi PRU13

Diterbitkan: Jumaat, 13 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dalam usaha menangkis dakwaan-dakwaan tidak berasas terhadap Barisan Nasional (BN) melalui alam maya, Puteri Umno kini sedang giat melatih anggotanya untuk menjadi penulis blog.

Ketua pergerakan itu, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata selain itu, anggota parti itu turut turun padang bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan pembangkang terhadap BN.

Ini adalah antara usaha yang sedang giat dijalankan oleh Puteri Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Seni Kulinari Chef Liza di sini, Khamis.

Rosnah berkata beliau juga turut meninjau persiapan sayap itu di negeri-negeri bagi memastikan gerak kerja jentera pilihan raya Puteri berjalan lancar dengan melibatkan kesemua anggotanya.

"Kita telah bersiap sedia sejak tahun lepas lagi (bagi menghadapi pilihan raya) yang mana kita telah memberi pendedahan kepada anggota-anggota Puteri dengan kerja-kerja kebajikan agar mereka (Puteri Umno) rapat dan mendengar sendiri apa yang dituntut oleh masyarakat.

"Puteri juga masih dalam peringkat perancangan untuk melantik beberapa individu tertentu memberi ceramah semasa tempoh berkempen agar amanat pucuk pimpinan parti sampai kepada orang ramai," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan