Peruntukan RM500,000 Untuk Aktiviti Sosial Komuniti Sikh Di Sentul - Berita Semasa | mStar

Peruntukan RM500,000 Untuk Aktiviti Sosial Komuniti Sikh Di Sentul

Diterbitkan: Jumaat, 13 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk komuniti Sikh di Sentul bagi membiayai dana aktiviti sosial dan kebudayaan di kalangan pelajar Punjabi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau mengiktiraf sumbangan komuniti itu kepada pembangunan pendidikan, sosial dan ekonomi negara.

"Saya mahukan ini (sumbangan) berterusan pada masa depan. Kita mahu pengembangan ekonomi terus diperluaskan supaya kita dapat berkongsi kekayaan itu," kata beliau pada Rumah Terbuka Vasakhi di Gurdwara Sahib Sentul, di sini.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan