Perdana Menteri Britain Pulang Selepas Lawatan Rasmi Dua Hari

Diterbitkan: Jumaat, 13 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri Britain David Cameron pada Jumaat berlepas ke Myanmar, sebelum pulang ke Britain, selepas mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.

Turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi mengucapkan selamat jalan kepada Cameron ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir dan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone.

Lawatan Cameron ke Malaysia adalah atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Mei 2010.

Kali terakhir Perdana Menteri Britain mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia adalah pada 1993 oleh Sir John Major.

Cameron diiringi oleh Timbalan Menteri Perdagangan dan Pelaburan Britain Lord Stephen Green serta Timbalan Menteri Universiti dan Sains Britain David Willets bersama delegasi terdiri daripada pegawai kerajaan, pemipin perniagaan dan media Britain.

Pada Khamis, Cameron mengadakan mesyuarat dua hala bersama Najib membincangkan kerjasama dalam pelbagai bidang kepentingan bersama meliputi hubungan politik dan diplomatik, perdagangan dan pelaburan, pendidikan dan latihan, sains, teknologi dan alam sekitar selain pertahanan dan keselamatan.

Lawatan itu akan mendahului pasangan diraja Britain Putera William dan Puteri Katherine, yang akan melawat Johor pada September sebagai sebahagian daripada lawatan ke beberapa negara sempena sambutan perayaan jubli intan Ratu Elizabeth II. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan