Lima NGO Mohon Permit Perhimpunan Aman Tentang LGBT Sabtu Depan

Diterbitkan: Jumaat, 13 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pada Jumaat mengemukakan permohonan permit kepada polis untuk mengadakan perhimpunan aman menentang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Dataran Merdeka pada Sabtu depan.

NGO lain ialah Gabungan NGO Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu.

Perhimpunan itu dijangka disertai 10,000 orang, kata Presiden JMM, Azwanddin Hamzah kepada pemberita selepas mengemukakan permohonan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

"Kita menganggap gejala seks bebas dan LGBT merupakan ancaman yang sangat serius kepada negara dan agama.

"Ancaman ini lebih berbahaya apabila ia dijalankan secara terancang dan sulit oleh beberapa pihak yang mempunyai kepentingan sejak kebelakangan ini," katanya.

Azwanddin berkata, JMM dan NGO berkenaan yakin polis akan memberikan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan itu.

"Sekiranya ditolak, kami tetap akan mengadakan perhimpunan itu dengan mengubah lokasi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan