Kerajaan BN Komited Agih Kekayaan Negara Lebih Adil - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 13 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah properniagaan yang komited untuk memastikan ekonomi berkembang pesat dan pendapatan rakyat meningkat agar kekayaan negara dapat diagih-agihkan dengan lebih adil dan saksama, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata tidak sukar untuk Malaysia menjadi negara maju kerana ia mempunyai ramuan yang mencukupi untuk mencapainya namun yang turut menjadi keutamaan ialah untuk memastikan pendapatan rakyat meningkat. "Itu teras BN, teras BN supaya Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi," katanya ketika bertemu wakil-wakil persatuan penjaja Selangor di sini Khamis sempena Program Lawatan Nurani Rakyat BN Selangor.

"Apabila pendapatan rakyat meningkat, mereka akan menyimpan beberapa peratus daripada pendapatan mereka dan membelanjakan selebihnya, di mana ini akan merancakkan kitaran wang di dalam sistem kewangan negara yang turut akan dinikmati oleh golongan peniaga," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan membantu golongan peniaga bukan sahaja dalam bentuk pinjaman dan kursus keusahawan tetapi juga dalam bentuk subsidi termasuk "subsidi gula yang dibancuh dalam minuman pelanggan mereka".

Beliau menjelaskan bahawa setiap tahun kerajaan membelanjakan RM500 juta untuk subsidi gula yang dibayar kepada para pengilang bagi memastikan rakyat di negara ini termasuk para penjaja dapat membeli gula pada harga kawalan.

Katanya adalah tidak wajar pakatan pembangkang mendakwa kerajaan BN zalim dan tidak membela nasib rakyat kerana banyak subsidi yang diberikan kerajaan termasuk kemudahan pinjaman untuk anak-anak muda ke universiti menerusi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berjumlah RM43 bilion.

Muhyiddin turut menyelar janji pakatan pembangkang untuk menghapuskan PTPT Ndan tol jika dapat memerintah. "Kalau saya pinjam duit, saya dengar pun seronok jugak tak payah bayar tapi kalau dibuat begitu terhentilah tabung itu, apa cerita dengan anak-anak sekarang nak belajar ke universiti, kalau tak dapat biasiswa bapa nak dapat pinjaman dari bank," katanya.

Beliau menyifatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya bermain politik mengenai penghapusan tol serta mempersoalkan siapa yang akan membayar balik pinjaman konsesi tol untuk membina lebuh raya.

"Sebab itu kita hapuskan tol itu sedikit-sedikit, mana yang kita boleh hapus, kita hapuskan mana yang kita boleh kurangkan kita kurangkan. Kalau kita nak hapuskan tol kita mungkin terpaksa belanja RM100 bilion," katanya.

Beliau berkata Anwar mendakwa akan menggunakan hasil dari Petronas untuk memberikan pendidikan tinggi percuma sedangkan banyak daripada subsidi di negara ini adalah sumbangan Petronas.

"Jika dana Petronas diperah habis-habisan, ini bagaikan membunuh angsa yang bertelurkan emas," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan bantuan RM10,000 bagi membantu pentadbiran 74 persatuan-persatuan penjaja Melayu, Cina dan India.

Muhyiddin juga berharap kerjasama BN dan penjaja Selangor akan dipertingkatkan dan diperkukuhkan pada masa akan datang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan