58 Panggilan Kecemasan Semasa Kejadian Gempa Bumi

Diterbitkan: Jumaat, 13 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima 58 panggilan kecemasan 35 di Pulau Pinang dan 23 di Kuala Lumpur ekoran gegaran gempa bumi yang melanda Aceh pada Rabu lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata majoriti panggilan adalah daripada penghuni rumah kediaman yang cemas, takut dan bimbangkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Pihak kami faham masyarakat berasa cemas kerana tidak biasa dengan gegaran yang kuat namun semasa gempa, tiada kejadian serius berlaku di sini.

"Anggota bomba yang pergi memeriksa kawasan yang membuat panggilan memberi jaminan keselamatan terutama kepada mereka yang tinggal di bangunan kediaman yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan pingat kebesaran dan sijil perkhidmatan 30 tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, di sini, Jumaat.

Wan Mohd Nor berkata pasukan bomba dan penyelamat berada dalam keadaan berjaga-jaga terutama di kawasan berhampiran pantai di Kedah, Perak dan Pulau Pinang sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka seperti tsunami.

"Kami sentiasa mengawasi keadaan semasa gegaran di kawasan bandar dan pantai dan bersyukur kerana kejadian berlaku pada hari cuti umum maka ia lebih terkawal, banyak bangunan tinggi di pusat bandar tiada penghuni," katanya.

Wan Mohd Nor meminta masyarakat supaya sentiasa prihatin terhadap langkah-langkah mencegah kebakaran dan tindakan semasa kecemasan terutamanya bagi pemilik bangunan tinggi.

"Saya berharap pemilik bangunan tinggi terutama di ibu kota sentiasa memikirkan aspek keselamatan bangunan kerana penyelenggaraan keselamatan melibatkan kos yang tinggi, namun nyawa dan harta benda lebih bernilai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan