Wang Kertas Malaysia Siri Baru Akan Berada Dalam Edaran Mulai 16 Julai

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan bahawa wang kertas Malaysia siri baharu akan berada dalam edaran mulai 16 Julai.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata wang kertas siri baharu itu yang bertemakan 'Keunikan Malaysia' terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

"Wang kertas RM50 dalam siri ini telahpun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran," kata BNM. Bank Negara berkata dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baharu ini, ia telah bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak Disember tahun lepas, untuk memudahkan peralihan yang lancar.

"Beberapa sesi perbincangan dan interaksi dengan pihak berkepentingan tersebut telah diadakan bagi memastikan ketersediaan sistem dan proses untuk edaran wang kertas baharu," kata bank pusat itu.

Bank Negara menggesa vendor yang mengendalikan mesin wang tunai memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baharu dan lama untuk kemudahan orang ramai menjelang tarikh tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan